Tujuan:
Menggalakkan penyertaan golongan belia untuk menjadi usahawan bergerak (mobilepreneur) khususnya dalam bidang perniagaan Perkhidmatan seperti, Eletrik, Penghawa Dingin, Automotif, Motosikal, Kimpalan, dan lain-lain bidang perkhidmatan yang bersesuai mengikut perkembangan industri masa kini.
Syarat-syarat Asas
- - Warganegara dan Bumiputera - Berumur 18-60 tahun
- - Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- - Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- - Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- - Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- - Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- - Perniagaan patuh Syariah
- - Bebas dari senarai hitam MARA
- - Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
Syarat-syarat Khusus
- - Memiliki lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL) yang sah dan belum tamat tempoh.
- - Lokasi perniagaan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Tempatan (PBT) atau pihak berkaitan.
- - Mengemukakan sebutharga atau surat jual beli kontena/ kabin/ karavan/ trak (wang pembiayaan dibayar terus kepada pembekal)
- - Umur bagi karavan terpakai tidak melebihi tiga (3) tahun dan jumlah pembiayaan tertakluk kepada penilaian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan atau Jurutera Jentera JKR atau PUSPAKOM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan
Skop Pembiayaan
- - Pembiayaan adalah 100% atas harga kontena / kabin dan karavan baru dan terpakai termasuk kos ubahsuai
- - Pembiayaan tidak termasuk perbelanjaan pendaftaran, insuran dan cukai jalan
Had Pembiayaan
- - Milikan Tunggal / Perkongsian : RM250,000.00
- - Syarikat Sdn. Bhd : RM500,000.00
Tempoh Pembiayaan
- 1-10 tahun @ 12-120 bulan
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Rancangan perniagaan yang perlu ada:
- - Gambar contoh van / truck / karavan / lain-lain
- - Penerangan konsep perniagaan yang ingin dibuat