Bantuan Perniagaan :

New Gen Entrepreneurs Online Bootcamp (N-GENE)


Penerangan Program:


N-GENE merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan/belia memulakan perniagaan berisiko rendah. Bagi graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, peserta akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais. Peserta juga akan diberi sokongan dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan sebanyak RM3,000/seorang.


YAB Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 telah mengumumkan program ini sebagai salah satu inisiatif PEMERKASA untuk menjana semula ekonomi negara melalui peningkatan bilangan usahawan baru dalam kalangan belia graduan. Selain itu, program ini turut disenaraikan sebagai program di bawah kerjasama MEDAC-KPT-KBS dan juga Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC Pasca COVID-19.

Program ini diterajui oleh unit PROTÉGÉ, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama dari SME Bank CEDAR, PERNAS, INSKEN dan juga TEKUN Nasional.


MANFAAT PROGRAM


  1. Latihan asas keusahawan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara PERCUMA;
  2. Geran mikro permulaan perniagaan sebanyak RM3,000; dan
  3. Dipadankan dengan perniagaan francais / pra-francais bagi yang belum memulakan perniagaan


KRITERIA PESERTA


  1. Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 40 tahun;
  2. Graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan ini;
  3. Kriteria tambahan:
  4. Baru memulakan perniagaan; atau

Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan


Tarikh Permohonan Ditutup:

29 April 2022


Bagi yang berminat untuk sertai, sila isikan borang di bawah ini:

PERINGATAN: Selepas anda klik button daftar diatas, anda akan terus dibawa ke borang pendaftaran rasmi program. Sila isi borang tersebut.