Bantuan Perniagaan :

Pembangunan Produk (RnD) GIATMARA


Penerangan Program:


Program ini khas untuk membantu usahawan lepasan GIATMARA yang mempunyai produk fizikal yang boleh dikomersialkan lebih jauh.

Program ini memberi dana geran untuk *pembelian yang merangkumi kategori berikut:

1) Peralatan.

  • Pembelian alatan yang dapat meningkatkan lagi pengeluaran produk usahawan.
  • Peralatan yang di mohon oleh usahawan perlulah bukan alatan asas dalam pengeluaran produk.

2) Persijilan.

  • Persijilan yang diperlukan oleh usahawan keatas produk yang telah dihasilkan.
  • Contoh persijilan yang diperlukan bagi menjenamakan produk usahawan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jakim (Halal), Pendaftaran Produk, MeSTI, GMP, HACCP dan lain-lain yang bersesuaian.

3) Promosi.

  • Membantu usahawan yang memerlukan khidmat promosi keatas produk dan perniagaan yang dijalankan.
  • Antara contoh promosi adalah seperti cara pemasaran (offline), pembungkusan, perlabelan dan lain-lain yang berkaitan promosi.

4) Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan.

  • Membantu usahawan yang memerlukan bantuan bagi proses pembungkusan, perlabelan dan penjenamaan produk usahawan.

(*Nota : Pembelian ini akan diuruskan oleh GIATMARA mengikut prosedur perolehan kerajaan)

Usahawan yang berminat perlulah melepasi syarat-syarat utama ini terlebih dahulu:

  1. Lepasan GIATMARA yang telah menjalankan perniagaan yang sah (berdaftar dengan SSM) sekurang-kurangnya 2 tahun.
  2. Jualan tahunan terkumpul untuk semua perniagaan atas nama usahawan perlu melebihi RM50,000 setahun. (Bukti rekod transaksi jualan diperlukan)
  3. Mempunyai produk fizikal (dapat dipegang dan dipos) yang boleh dikembangkan untuk dikomersialkan lebih jauh. Bukti-bukti produk tersebut boleh pergi lebih jauh perlu ada (contoh : rekod jualan / permintaan yang tinggi)
  4. Hak milik produk tersebut adalah atas nama usahawan / syarikat usahawan itu sendiri sepenuhnya.
  5. Berdaftar sebagai alumni GIATMARA / komuniti AKRAB melalui disini https://direktori.biz.my/daftar

Contoh produk yang tidak dibenarkan:

  1. Produk yang dijenamakan semula / tukar pembungkusan tetapi usahawan tiada resepi / tiada hak keatas ramuan produk tersebut.
  2. Produk ejen / dropship / konsigmen daripada orang lain.
  3. Produk digital - CONTOH : Perisian, sistem, applikasi. website, video, grafik, ebook dan seumpamanya.

Tarikh Tutup Permohonan:

22 Mac 2022 (Selasa)

11.59pm


Permohonan Akan Ditutup dalam Masa:

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat

HARAP MAAF

PERMOHONAN BAGI TAHUN 2022 TELAHPUN DITUTUP !