
Bantuan Perniagaan :

Penerangan Program:
Program Pengukuhan Mikro Madani menyediakan bantuan kewangan kepada perusahaan mikro dalam bentuk geran dan pinjaman serta baucar untuk pendaftaran status Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui lima (5) inisiatif utama iaitu:
Bantuan dalam bentuk geran padanan sehingga 70% kos projek bertujuan membantu perusahaan mikro meningkatkan keupayaan dan kapasiti mereka antara lainnya melalui perolehan mesin dan peralatan, penambahbaikan pembungkusan produk, penerapan ICT & eDagang, sewaan premis perniagaan dan pelaksanaan aktiviti promosi untuk meningkatkan jualan dan penjenamaan. Bantuan ini ditawarkan melalui semua inisiatif di bawah Mikro Madani kecuali program pembiayaan.
Bagi pembiayaan berbentuk pinjaman pula, bantuan membolehkan perusahaan mikro membiayai keperluan modal kerja serta pembelian mesin dan peralatan sehingga maksimum RM200,000 dengan kadar faedah serendah 2% setahun melalui kerjasama Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF).
Di bawah insentif baucar pendaftaran status PMKS pula, perusahaan mikro layak menerima bantuan kewangan dalam bentuk baucar sebanyak RM100 bagi yuran pemprosesan pendaftaran Status PMKS di bawah SME Corp. Malaysia.
Tarikh Permohonan Ditutup:
31 Oktober 2023
Tinggal lagi.....
Untuk memohon.
Pihak GIATMARA dengan kerjasama SME Corp Negeri Sembilan mengadakan webinar sesi penerangan untuk bantuan ini.
Bagi yang berminat untuk sertai, sila isikan borang di bawah ini:
Bahagian 1