Bantuan Perniagaan :

Program Peningkatan Pendapatan (PPP)


Penerangan Program:


Program pemberian bantuan peralatan serta latihan kepada kumpulan B40 di luar bandar bagi meningkatkan pendapatan semasa dan seterusnya keluar daripada zon kemiskinan.

Program ini memberi dana geran untuk peserta memulakan perniagaan / meningkatkan perniagaan sedia ada yang merangkumi kategori bantuan berikut:

1) Peralatan.

  • Peralatan utama / asas bagi membantu pemohon memulakan perniagaan.

2) Bahan.

  • Bahan kerja bagi memulakan perniagaan pemohon

(*Nota : Semua pembelian peralatan & bahan akan diuruskan oleh pihak GIATMARA mengikut prosedur perolehan kerajaan. Tiada wang tunai akan diberikan kepada peserta)

Usahawan yang berminat perlulah melepasi syarat-syarat utama ini terlebih dahulu:

  1. Lepasan GIATMARA yang baru ingin mula berniaga atau berniaga kurang daripada 2 tahun. Keutamaan diberikan kepada lepasan tahun 2021.
  2. Pendapatan keluarga anda dalam golongan / kategori B40 atau Miskin Tegar. Keutamaan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) atau Jaringan Prihatin.
  3. Menetap atau bermastautin di kawasan luar bandar (alamat kediaman perlu berada di luar bandar)
  4. Berdaftar sebagai alumni GIATMARA / komuniti AKRAB melalui disini https://direktori.biz.my/daftar

Tarikh Tutup Permohonan:

Dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2022


Permohonan Akan Ditutup dalam Masa:

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat

Bagi yang berminat untuk sertai, sila isikan borang di bawah ini:

PERINGATAN: Selepas anda klik button daftar diatas, anda akan terus dibawa ke WhatsApp Group. Mohon join WhatsApp group tersebut.